Maklumat Pengunjung


THE GREEN CONNECTION menawarkan eko-harta di Sabah dengan singkatnya. Sesuai bagi semua, hujan atau cerah. Pameran kami akan membolehkan anda melihat harta tersembunyi di Sabah. THE GREEN CONNECTION adalah sebuah tema eko taman, salah satu tarikan pelancong dan pendidikan yang unik di Sabah. Pusat ini akan mempamerkan lebih dari 500 spesies semulajadi dari 9 habitat utama yang memberikan anda peluang untuk menjelajah ke sekitar ekosistem-ekosistem di Borneo dan mengeksplorasi keanekaragaman hayati yang luas yang terkandung di dalamnya.

Bengkel pendidikan bagi sekolah-sekolah, perbincangan, demonstrasi dan cara-cara memberi makanan kepada haiwan-haiwan akan ditunjukkan di THE GREEN CONNECTION dan semua ini akan memberi pengalaman yang menghibur dan mencerahkan bagi semua pengunjung kami.

Masa Beroperasi


Masa beroperasi adalah dari pukul 10:00 am hinggan 6:00 pm


Yuran Masuk

Tiket masuk boleh didapati di kaunter penjualan tiket di hadapan akuarium.

Tiket masuk ke THE GREEN CONNECTION adalah meliputi bayaran untuk semua galeri, aktiviti makmal dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Tiket Biasa:

Dewasa : RM 25.00
Kanak-Kanak : RM 15.00 (2 hingga 16 tahun)
Bayi : Percuma

Tiket Keluarga :

2 Dewasa dan 2 kanak-kanak: RM 60.00
setiap kanak-kanak bertambah RM 5.00 sehingga maksimum 4 kanak-kanak bagi setiap ibu-bapa.

Sekolah dan kumpulan-kumpulan pemuda (dengan temujanji sahaja- hubungi kami)
Kanak-kanak : RM 5 (5 hingga 50 orang)
Guru sekolah : RM 10 (setiap guru bagi 12 murid)


 
Bagaimana Anda Ke Sini
 


Anda boleh sampai ke sini dengan menggunakan teksi, bas awam atau agensi pelancongan. Anda boleh menaiki mana-mana bas atau teksi dari Kota Kinabalu dan ianya mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan ke THE GREEN CONNECTION.

(Kata Kunci untuk ke loksai ialah: "Jalan Tuaran, Kompleks Badan Sukarelawan")

Tambang Teksi dari KK ke THE GREEN CONNECTION:

RM 10 - 15 setiap kali.

Bas Awam dari KK ke THE GREEN CONNECTION:

Bas Kota laluan #1 RM1.00 bagi setiap orang.

Semua Bas ke Tuaran, Inanam, Menggatal dan Telipok.

 
                                      Peta Lokasi